Sunday, February 27, 2011

permegian yang x disangka......

perkara ni terjadi semlam 27. Febuari. 2011..

tengah hari itu aku sedang aku dok chat ngan mr. Cot tibe2x  mr. Cot call n die jerit... "adik  xcident 50/50 sekarang ni. adik  mirul tu" ya, ALLAH hanya Tuhan je yang tau betapa terkejut nya aku dengan berita tu.... xsangka sangat budak yg xsakit apa2x tapi dia dah meninggalkan kita wat selamanya... meninggalkan family yang tersyg...

masa tu aku terus tanya mr. Cot nak balik x? so aku leh check tiket.. aku faham perasaan mr. Cot dah xtentu arah... dia cume cakap yg die nak g pejabat nak jumpe pegawai die.... risau gak aku sebab die dh la bw moto g pejabat dengan perasaan yg mcm tu...sampai je sana mr. Cot terus luahkan pada membe2x die.. alhamdulillah membe2x die perihatin dengan mr. Cot... aku rase lega.... so membe die yg uruskan tiket tok mr. Cot... mr. Cot balik mlm tu gak flight kol 9.55 mlm..

pukul 4 ptg tu aku terus drive g jumpe mr. Cot... aku mmg sedih tgk die... sebak ati ni... yela adik dlm koma 50/50... masa aku ngh bual2x ngn die tibe2x die dpt pgln dr ayah mr. Cot.... " mirul dah xde".... mr. Cot hanya terdiam bila denga berita tu... xsempat die nk jumpe mirul...

last die jumpe adik die tu raye taun lepas.... .. die teringat kat arwah adik die tu...bile mr. Cot balik kg die mesti g belanja adik2x die g cc men game "war". ya, ALLAH aku tol2x sebak... aku try tenangkan mr. Cot.... aku suh die bnyk bersabar n berdoa...hanya tu je yg mampu aku wat...

mlm tu kol 9.55 mlm mr. Cot balik dengan membawa hati yang sayu n dilanda seribu satu perasaan sedih....

"ya, ALLAH berikanlah HAIRUL NIZAM n keluarganya kekuatan untuk menghadapi ujianMu ya, ALLAH...
Tempatkan AMIRUL ASYRAF di tempat org2x yg beriman..... aminnnn "

to mr. Cot sabar ye.. ni semua takdir ALLAH kita xde kuasa nak lawannya... semua yg berlaku ada hikmah... doakan je arwah Mirul ditempatkan bersama2x org yg beriman.. kuatkan semagat tu...





 AL- FATIHA kepada AMIRUL ASYRAF....

Friday, February 25, 2011

pAgi yg Indah

arini best sgt.. aku release tension kat pantai.... pas je solat subuh aku terus g jog 1 round pastu terus g pantai XPLANADE... mmg best sgt... relax je.... mcm2x dimenungkan..huhuhuhuhu

ala bukan apa aku dah miss sgt kat ibu ayah n family... so org kate lau kita rindu kat someone tulis atas pasir bia ombak yang sampaikan rintihan kite... ( jgn caye saje suke2x) huhuhuhu 

best dengar ombak dipukul

ni salah satu yg aku tulis ada yg aku tulis miss my mom n dad tpi aku xtgkap gmbo

ni la budak cengeng

show kasut??? no lah

muke tanpa ap2x... jerawat sana sini.. tapi aku ttp Ber SYUKUR...






terima kasih ya, ALLAH sebab beri aku peluang untuk melihat DuniaMu...
aku sentiasa ingin menjadi yang lebih baik..
insya'ALLAH...
may ALLAH bless me n my life...

Wednesday, February 23, 2011

kErisaUan...

risau?? ye aku risau skrg ni..... risau sbb sem ni subjek strong sikit... xbyk mengira but it more to think n memorise... so scared... =(   harap aku dapat wat yang terbaik tok sem ni n sem seterusnya..
kadang2x tu lau ada mase terluang dah ada niat nak study tapi ade je yang xkena...

tapi aku xleh lemah aku kena kuat!!!! kuat beb!!! kena rajin n usaha lebih!!! debaakk!!!! anyway doakan aku supaya dapat result yang terbaik n aku akan lakukan yang the best... insya'ALLAH.... AMINNNNN

"sesungguhnya memudahkan perkara yang susah amatlah mudah bagiMu ya, ALLAH "

sayalah org yang risau itu..

 ni dia Cikgu Lelaki saya dr kiri : ron carl datu firster neal

yg tunjiuk peace tu wan. yg dok men nset tu syuk yg berbaju putih erin n yg rambut pnjg tu lala

ni ping2x yg sebelah sane tu KP tok sem ni Nisha

tengkorak + otak






Tips untuk menjaga otak :
  1. jangan tengok benda bukan2x
  2. jangan makan sebarangan
  3. jangan berulam air masa makan
  4. jangan malas fikir
  5. jangan fikir bukan2x

semoga kita semua diberi kan kesihatan akal oleh ALLAH.. aminnnn =)

Saturday, February 19, 2011

juz see n read =)

DIA yang SATU

yes!!

ni la kita.... SUBHANAALLAH
Tiada harapan selain ALLAH'
Tiada idola selain NABI'
Tiada kata seindah QUR'AN'
Tiada jalan selurus SUNNAH'
Tiada perjuangan selain ISLAM'

arini perasaan aku mmg bercampur mcm aku minum air batu campur(ABC)

ye arini marah geram sedih hepy semua ada!!!
first thing first....
ASSALAMUALAIKUM korang..

arini aku xtaulah aku asyik nak mengamuk je... dari kat kafe sampai lah pas jogging benda yang lepas pon aku ungkit balik... first aku mmg geram dengan layanan kat kafe tadi... korang lau nak berniaga jangan macam kat kafe aku ni... ade ke patut setiap hujung minggu dieorang xde sediakan lauk pauk cume ada goreng2x je... tadi aku dah marah aku soundlah toke kafe tu aku cakap camni "nape xmasak lauk" toke tu pun jawab "aritu akak dah masak tapi xde org" aku geram aku pun menjawab lah bukan kurang ajar tapi nak luah apa yang betol "kalau kafe dulu dia masak je walaupun xde orang" padan muke terus terdiam n xjawab apa..... sorilah aku mmg xkan makan bila hujung minggu kat kafe lagi!!!!! buduh!!!paloi!!!

ni satu hal yang wat aku marah... aku mmg xkan mes dengan sorang hamba ALLAH ni... aku mmg dah xde mud nak layan die.... buduh!!! aku kawan die beb xkan lah 1 mes pon xleh nak balas.. aku minta tolong tu lau xnk tolong xpe... aku xkisah aku cari org lain yang leh tolong aku.... tapi bile org lain mes balas pulak tu yang aku geram sangat... aku mmg xberkenan membe perangai camtu... mmg xsuke... ko terasa ko pikir ar sendiri!!!! huh!!!!

apa2pun aku sedih sebab aku mmg tol2x dah rindu kat ibu ayah n semua family aku... rindu sangat2x... ap2xpun aku lepaskan tension tadi ngn ajak membe2x pempuan aku g makan kat Melanau Kafe dekat2x area airport... hepy ar sebab dpt gurau2x ngn dieorg.... mmg best.... at least aku xlah tension nanti bertukar lagi tarikh aku period...



pesanan dari aku :

  1. lau nak berniaga kena berani... berani nak jumpe KERUGIAN.. anggap je kerugian tu ujian dari Tuhan.
  2. lau ada org minta kita pertolongan lau kita mampu tolonglah.. insya'ALLAH Tuhan akan balas baik.. xrugi wei kita tolong org..
  3. jaga diri bek2x... jgn nakal2x.. jgn lupe solat....
  4. lau marah istighfarlah dalam hati..... =)

ye ni aku... sempoi

ni lah menu yg aku pilih
kuew tiaw basah ayam rm 6.50

ye ni bah gangster lorong gelap

ni die kak doris... sweet

muke pedas padahal xpedas langsung

love u all

Tuesday, February 15, 2011

sedar siapa diriku.........

hi geng!!! arini aku nak sentimental sikit hihhiihiih... xdelah.... aku juz nak share ngn korang tntg kekurangan yang ada pada aku.. ye mmg!!!!! mmg aku cepat tersentuh n menangis.... aku akan menangis bila ibu atau ayah atau sape2x org yg aku syg marah aku.. aku rase mcm xdisayangi walaupun org kate marah tandanya sayang..... lepastu aku ni cpat "gabra".. korang tau ke gabra tu apa?? xtau ea??? gabra tu same mcm gelabah....aku xleh lau org lain try nak downkan aku....aku ni kadang2x cpt emosi... lagi2x mase period...mungkin tu normal...  sebenarnya banyak lagi kekurangan yang aku ada tapi aku malas nak cite korang kenal aku korang pikirla sendiri....

ap2x aku tetap aku.. aku xkan jadi sesiapa.. aku sangat bersyukur dengan apa yang ALLAH dah kurniakan pada aku.. tapi ada gak kadang2x aku termengeluh.... maafkan hambaMu ini ya, ALLAH...


arini aku nak bagi info berkenaan dengan kanser PAYUDARA..
terdapat beberapa tanda2x yang boleh dilihat:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.
.
2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d’orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.


so, kita sebagai insan yang bergelar wanita harus peka dengan perkara2x sebegini.. Mencegah lebih baik dari merawat!!! =) semoga ALLAH memberi kita kesihatan yang baik... AMINNN


in a good mood today =)

sedih tau masa lembu ni nak kena sembelih
tapi ibu xkasi sedih2x n kesian sebab xbaik katenye..

Monday, February 14, 2011

siapa JodoH saya????

bercerita tentang jodoh...... aku xtau sape jodoh aku... siapa????darimana???? bila???? hanya Tuhan saja yang tau.... DIA lebih mengetahui segalanya...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jodoh tu semua kerja ALLAH.. DIA dah mengatur yang terbaik tok kita semua.. ada pasangan dah 10 tahun bercinta tapi putus akhirnya.... ni semua sebab ALLAH dah aturkan segalanya buat kita... nak xnak kita kena terima n redha atas ketentuan NYA....

cubba kita renungkan :

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya"

biarlah kita tidak mempunyai paras rupa yang menawan asalkan kita mempunyai ilmu didada dan menjadi isteri yang solehah untuk suami kita dan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kita kelak... insya'ALLAH..

semoga jodoh kita dapat membimbing kita ke jalanNYA dan menjadi pembangkit semangat tatkala kita jatuh.. AMINNN...

sekiranya Mr. Cot bukan milikku aku redha n terima walaupun pahit untuk ditelan...aku harap dia jodohku dunia n akhirat...Insya'ALLAH

Sunday, February 13, 2011

PemERgiaN yaNg Tak DisAngka....


   “Wahai puteriku, aku ini adalah seorang ibu yang sedang berjalan menuju usia semakin tua. Aku juga pernah muda seperti kamu suatu ketika dahulu. Jagalah diri kamu di tempat orang. Belajar bersungguh-sungguh”. Itulah kata-kata ibu yang membuatkan aku bersemangat untuk terus belajar dan mengembirakan hati ibu dan ayah walaupun aku berada jauh dari mereka.
   Jam menunjukkan 7.15 pagi. Semua pelajar Pengajian Matematik telah berada di dalam kelas. Sebelum memulakan sesi pembelajaran pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh mereka semua yang kadangkala mencuit hati masing-masing. Gelagat itulah yang menjadikan sesi pembelajaran bertambah ceria. Ah Seng, Nathaneal, Doris, Vianney dan Datu merupakan pelajar yang paling tua di dalam kelas mereka. Walaupun berbeza kaum dan agama tetapi itu semua tidak menjadi masalah untuk mereka bergaul mesra.
“ Selamat sejahtera, encik.” Ucapan hormat daripada pelajar Pengajian Matematik kepada pensyarah mereka. Ucapan salam sejahtera merupakan ucapan yang wajib. Setiap kali pensyarah masuk ke kelas sebelum memulakan sesi pembelajaran. “ Ok, kelas apa yang dimaksudkan dengan EIC?” soal Encik Azmir kepada pelajar. Setelah beberapa minit menunggu jawapan daripada mereka salah seorang pelajar lelaki, Datu Abdul Sahid berdiri dan memberikan jawapan. Walaupun jawapan itu tidak betul tetapi mencuba itu lebih baik daripada berdiam diri.
  Itulah kehidupan di Institut Perguruan Kampus Sarawak (IPGKS). Menyoal, menjawab,hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain merupakan bahan utama untuk membina satu hubungan yang baik. Hubungan yang baik untuk bekalan sehingga mereka sama-sama menggapai kejayaan dan sama-sama bergelar seorang pendidik.
  Ketua Pengajian Matematik, Ah Lee memberi pengumuman bahawa mereka akan ditugaskan untuk menyiapkan ‘backdrop’ sempena majlis perpisahan salah seorang pensyarah di situ. Pensyarah itu merupakan pensyarah Bahasa Melayu yang akan dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan di Institut Perguruan Tun Hussien Onn, Batu Pahat, Johor. Mereka menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka. Tidak tergambar sedikit pun daripada raut wajah mereka untuk mengeluh apabila menerima setiap tugasan yang diamanahkan.
“ Iza, kamu tolong gunting perkataan ini sementara menunggu saya mencari pelekat.” perintah Nathaneal kepada Iza salah seorang pelajar Pengajian Matematik. “ Baik Neal.” Jawab Iza dengan lemah lembut dan suara yang agak perlahan. Iza merupakan seorang pelajar yang sangat sensitif  dan manja. Dia belum pernah berjauhan dengan ibu dan ayahnya semenjak dia berada di muka bumi Kenyalang ini. Namun begitu, dia kelihatan tabah menghadapi hari-harinya di situ. Dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dia telah dianugerahkan rakan-rakan yang sangat memahami dan perihatin. Walaupun di dalam kelas, dia merupakan satu-satunya pelajar yang  berasal dari Semenanjung,Johor namun rakan sekelasnya tidak pernah menjadikan dia sebagai orang asing. Pengajian Matematik mempunyai pelajar yang majarotinya berasal dari Sarawak dan Sabah.
  Apabila terdapat majlis rasmi akan diadakan, semua pelajar IPGKS bergotong-royong untuk menyiapkan persiapan. Tugasan akan dibahagikan dengan adil –ada yang bertugas mengangkat pasu bunga, ada yang bertugas menyiapkan ‘backdrop’ dan ada  pula bertugas membersihakan dewan-  
  “Minta perhatian kelas, ibunda kita Cik Azura ingin mengadakan perjumpaan mentor menti pada pukul tiga petang nanti di Dewan Ilmu.” Kata Ah Lee kepada rakan sekelasnya. Cik Azura merupakan mentor kelas mereka. Cik Azura merupakan mentor yang sangat penyayang dan perihatin terhadap masalah menti-menti beliau. Beliau mempunyai watak yang sangat disenangi ramai. Kecantikannya bukanlah sekadar luaran sahaja malahan beliau mempunyai nilai budi yang sangat baik. Semua pelajar Pengajian Matematik amat menyayangi Cik Azura dan sudah menganggapnya sebagai ibu mereka sendiri walaupun Cik Azura belum mendirikan rumahtangga.
  “Assalamualaikum dan selamat  sejahtera.Apa khabar anak-anak ibu semua? Ibu harap kamu semua sihat.” tanya Puan Azura dengan penuh kasih sayang  kepada mentinya itu. Beliau lebih selesa menggelarkan dirinya ibu dan beliau juga telah menganggap semua pelajar Pengajian Matematik sebagai anak-anaknya. “ Ada apa-apa yang kamu semua mahu berkongsi bersama?” tanya beliau kepada mereka. “ Ibu sihat? Sejak dua hari yang lepas kami semua tidak nampak ibu di IPGKS . Ibu kemana?” tanya Suhaila kepada Cik Azura. Sejak dua hari yang lalu mereka tidak  nampak batang hidung Cik Azura. Apabila ada diantara mereka bertanya kepada pensyarah lain mereka hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. “Ibu ada kerja di luar. Sebab itu kamu semua tidak nampak ibu sejak kebelakangan ni”. jawab Cik Azura dengan tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. “ Baiklah anak-anak kita akhirkan perjumpaan kita sampai disini sahaja. Jawab dengan betul semasa peperiksaan nanti. Jaga diri kamu baik-baik. Ingatlah wahai anakku capailah peluang yang kita miliki itu dan hargailah ia dengan penuh teliti.” Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Cik Azura sebelum dia meninggalkan perjumpaan itu.

“ Fatin, Iza rindu sangat pada ayah dan ibu Iza... dah berapa bulan Iza tak balik kampung.” Luah Iza kepada Fatin dengan hatinya yang sayu mengenangkan ibu dan ayah di kampung halaman. “ Iza banyakkan bersabar lepas habis periksa nanti kita semua cuti semester 2 bulan jadi Iza bolehlah lepaskan rindu Iza pada mereka nanti. Buat masa ini Iza doakan mereka supaya sihat sentiasa”. Jawab Fatin sekaligus memberikan semangat kepada sahabat baiknya itu.Pada malam itu hari seakan mendung. Perbincangan antara Syuk, Anis, Iza, Eka, Hafiz dan Afiqa di dalam kelas perbincangan seperti ada yang tidak kena. Iza tidak seperti selalu. Dia kelihatan seperti seorang yang hanya mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu. Apabila ditanya dia hanya menggelengkan kepala dan terlihat mutiara jernih jatuh ke bumi. Seperti ada rahsia yang dia sembunyikan. “Iza, kalau Iza ada masalah kongsilah dengan kami”, selagi kami mampu kami akan bantu Iza.” tanya Syuk kepada Anis. Itulah sifat yang ada pada Iza. Sifatnya yang sangat sensitif dan kadang kala hanya berdiam diri apabila dilanda masalah.
  Semua pelajar IPGKS sangat senang hati tatkala peperiksaan telah tamat. Mereka hanya memikirkan tentang kampung halaman dan tidak lagi memikirkan tugasan,kuiz, kuliah mahupun peperiksaan. Mereka semua akan bercuti selama dua bulan. Tanpa memikirkan beban dan pulang dengan tangan yang kosong itulah yang mereka nantikan apabila berada hampir satu semester.
  Pada pagi itu langit seakan mendung. Angin sepoi-sepoi itu seperti ingin menyampaikan satu berita. Mentari juga tidak begitu kelihatan. “Iza mana?” tanya Lulu kepada Ah Lee. “ Saya tidak tahu tadi semasa saya dalam perjalanan ke kelas saya ternampak dia sedang bercakap dengan Encik Adi. Muka Iza dan Encik Adi sangat serius seperti ada badai yang menimpa.” jawab Ah Lee. Pelajar Pengajian Matematik yang sibuk bercerita antara satu sama lain tentang perancangan pada cuti semester bertukar menjadi risau dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
 “Kawan-kawan... kita telah kehilangan…” kata Iza sambil teresak-esak. Erin yang berada disebelahnya cuba  menenangkan Iza sebelum dia menghabiskan kata-katanya itu. “Kita kehilangan apa? Teruskan Iza.” tanya Amiz seolah-olah dapat menduga apa yang telah berlaku. “Kita telah kehilangan Cik Azura. Dia telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada pukul 8.30 pagi tadi. Kita kehilangannya kawan-kawan”. Kata Iza sambil menangis. Dia tidak dapat lagi menahan sebaknya. “Kamu berguraukan Iza”? tanya Wani  yang tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh Iza itu. Semua pelajar Pengajian Matematik mengalirkan air mata atas pemergian mentor kesayangan mereka. Mereka semua seperti tidak dapat menerima kenyataan dan takdir itu. Seperti baru semalam mereka bergurau dengan arwah Cik Azura dan menghirup udara yang segar bersamanya.
“ Kawan-kawan saya mahu meminta maaf kerana menyembunyikan perkara ini. Saya telah mengetahui bahawa Cik Azura didapati menghidap kanser payudara tahap kritikal daripada Encik Adi dan Cik Azura sendiri. Cik Azura tidak mahu kita semua risau dan susah hati terhadap dirinya sebab itulah dia tidak mahu berkongsi dengan kita tentang penyakitnya. Sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir dia ada mengamanahkan saya untuk memberi kamu semua hadiah ini. Satu lagi ibu kita pesan supaya belajar bersungguh-sungguh dan berharap yang kita dapat memaafkannya sekiranya dia ada membuat kesilapan terhadap kita”. kata Iza dengan begitu syahdu sekali.Suasana hiba menyelubungi kelas itu. Mereka sangat sedih atas kehilangan itu. Hadiah yang diberikan itu merupakan sebiji saga yang berwarna merah yang mungkin mempunyai makna tersendiri. Mereka akan tetap menghargai jasa dan mengingati beliau di dalam diari kehidupan mereka itu sehingga akhir hayat dan mereka hanya dapat berdoa supaya roh Cik Azura dicucuri rahmat Tuhan.
  Cuti semester telah pun tiba, semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing dengan hati yang tenang. Namun semua pelajar IPGKS seakan tidak percaya akan pemergian pensyarah Ilmu Pendidikan itu. Semua warga IPGKS berasa kehilangan besar atas pemergian Cik Azura. Bagai mimpi menyelubungi mereka. Namun itulah kenyataan bahawa Cik Azura telah meninggal dunia
  Selepas dua bulan merehatkan minda, pelajar IPGKS kembali ke insititut dengan semangat yang baru. Pelbagai cerita yang dikongsikan bersama antara satu sama lain. Semua cerita berkenaan dengan cuti yang lalu. Perasaan mereka juga bercampur-baur kerana mereka akan menerima keputusan selepas seminggu berada di IPGKS.             “ Perhatian, keputusan peperiksaan kita telah dipaparkakn di blok pentadbiran.”beritahu Kila kepada pelajar Pengajian Matematik. Raut wajah mereka semua mengambarkan keceriaan dan kegembiraan kerana mereka telah lulus untuk mengikuti kursus ijazah.
  Dengan kegembiraan itu terdapat sekelumit kesedihan di antara mereka. Mereka tidak dapat berkongsi kejayaan itu bersama-sama mentor mereka, arwah Cik Azura. Walaubagaimanapun, mereka tetap akan meneruskan pengajian itu dengan bersungguh-sungguh sehingga mereka mendapat gelaran seorang guru.

hasil nukilan :
SITI NURHAFIZAH BINTI MUEEDIN


ingat kawan2x bila2x masa nyawa ni akan ditarik n nikmat yang kita ada akan berkurangan...
hargailah kehidupan ini dengan elok... may ALLAH bless all of  us...
sempena esok Maulidur Rasul aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

Saturday, February 12, 2011

nak berjaya??? boleh!!!

semua orang boleh berjaya... tapi kalau sekali kita cube tapi belum lagi berjaya kita xboleh putus asa tau... nak tau sebab ap??? sebab kejayaan bukan datang sekelip mata... n kejayaan juga xdtg bergolek... kejayaan akan datang setelah kita teus berusaha walau beribu kali kita berusaha...

usaha je xcukup.... lepas usaha iringi lah doa... minta padaNYA.... jgn takut.. DIA maha Pemurah.... lepas dah doa kita tawakal je.. dapat xdapat tu belakang kira.. ok!!! duit banyak menggunung sekalipun kita tetap xboleh beli CINTA yg sejati tapi kita boleh penuhi ilmu di dada untuk dibawa ke mati..... babbbbsyaaahhhh!!!!!!!! =)
 ni ada link yang korang boleh baca yang berkaitan dengan bolg aku arini :

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1640-kejayaan-bukan-datang-dengan-tiba-tiba.html

bila xberjaya jgn mcmni k... xmau putus asa

tapi jadilah mcmni yang sentiasa bersemangat

mulai sekarang n saat ini pandanglah ke hadapan n jangan pandang belakang

Friday, February 11, 2011

sekilas.............. nak cantik??? buatlah.. insya'ALLAH

  1. sapukan pati ketumbar yang ditumbuk bersama jus lemon selama 15 minit setiap hari dibibir anda. ia membantu memerahkan bibir secara semulajadi.
  2. kesan hitam dan kantung mata boleh sikurangkan denagn meletakkan hirisan timun selama lima minit di mata anda. (boleh juga gune uncang teh yang dah dibasahkan dgn air suam)
  3. ubat gigi boleh mengecutkan jerawat.
  4. elakkan makan makanan yang banyak menggunakan bawang sebab akan menyebabkan bau ketiak.
  5. menarilah!!! sebab menari boleh kurangkan masalah nyanyuk.
  6. nak kurangkan berat badan makanlah epal sekurang2xnya 1 ari sekali.

tapi kita semua kena ingat cantik bukan tok fizikal atau luaran saje k.... hati n dalaman pon kena cantik barulah diri kita dihargai....  apa yang penting rohani n jasmani kena seimbang......

"sesungguhnya ALLAH suka akan kecantikan"

ni pula antara tips tok cantikkan rohani :

  1. 5S kena jage
  2. bace Al-Quran sekurang2nya sepotong ayat 1 ari.
  3. lau boleh 1 ari sebelum tido bace selawat ( masa basuh muka pon bce selawat)
  4. ada masa ingat ALLAH ( berzikir) paling senang ucap "ALLAHUAKBAR" "ALHAMDULILLAH"

ingat geng bialah org nak cakap apapun tentang diri kita.... yang penting DIA lebih mengetahui sape kita sebenarnya.. Have A nice Day.... =)



=)

Muke Marah+ Penat

nak lebih cantik senang je gune air sembahyang =)

speechless ='(

perasaan yang bercampur hanya Tuhan yang tau perasaan ni... ='(


Thursday, February 10, 2011

buKan saya Lupa tapi Saya Terlupa...

bak kata Tun Dr. Seri Mahathir " Melayu Mudah Lupa" kadang2x ada betolnya....hihihihi mcm tadi mr. cot bg mes pagi2x " igt x arini ari ap?" masakan aku xingat mestilah hari Khamis... itu bukanlah jawapan yang mr.Cot mahukan... nak tau sebab ap????

sebab mr. cot nak jawapan ni " igt arini anniversary day kite 1 year" ya, ALLAH aku betol2x terlupa nak wish... tapi malam semalam sebelum tido aku dah igt yang esok ari adalah anniversary kami berdua... oh no!! tapi ap2xpun semua tu xpenting.. yang penting bagi aku  hubungan aku dgn Mr. Cot diredhai n diberkati ALLAH.. AMINNN...

banyak sangat peristiwa antara kami berdua.. tapi yang paling extreme sekali bila ayah n ibu aku xkasi aku kawin dengan Mr. Cot... huh!!! mmg sedih gle la... tapi mr. Cot kate jgn putus asa teruskan berdoa supaya pintu hati mereka terbuka tok terima die.  dah setaun kami kenal macam2x perangai aku yang dia tahu n macam2x gelaran yang die gelar pada aku salah satunye kencing petai... siot je kan??? yang bestnye mr. cot xmerokok hihihihihi tu yang i like!! dia suke wat aku kuat n bersemangat... die mmg pemalu n xromantik penah sekali bila aku cakap aku rindu die cme jawab "i pon".... ade ke patut??? patutnye bagilah kiss ke kan.. hihihi ( gedik kan)

 korang mesti xcye kan die pemalu.. ye betol!!! Mr. Cot mmg seorang yang pemalu sape yang kenal die taula.... tipulah lau aku cakap hubungan aku dengan dia hepy je dia xpenah wat aku kecewa.... oh tidak!! jujur aku cakap dia penah wat aku menangis atas sebab tertentu... xmau gtau (rahsia aku n dia) normal la tukan dah namenye life... xsemestinya kita sentiasa hepy... sebab ALLAH tu nak bagi kita rase kesedihan supaya kita xlupa pada sape Pencipta kita.

to mr. Cot saya minta maaf ye.. bukan saya lupa tapi terlupa saje... n kita hanya terus berdoa supaya ibu n ayah saya leh terima hubungan kita ni.. aminnn jangan mudah mengalah walaupun saya selalu mengalah... saya selesa dengan awak Mr. Cot.... semoga semua yang jadi dapat mematangkan kita lagi.. babsyaaaa!!!
=)




Wednesday, February 9, 2011

ap yg penting KERJASAMA!!! =)

malam itu sedang saya menghafal sesuatu tibe2x ad dtg satu suara " dieorg fik dah turun jom!!" aku pun tanpa melengahkan mase g la mencantikkan diri untuk pergi berkelah... aku mambawa sep----k nasi ke bilik kak doris n kak vianney... sbb tu je yang mampu dibawa g berkelah...
pelik ke?? nape??? pelik sebab berkelah malam ea??? itulah kami lain dari yang lain.... hihihihihi

ala bukan berkelah tepi pantai pon juz berkelah dalam bilik yang kemas.... kami berlapan dalam 1 bilik yang mmg "besar punye la" nak tau ke bilik sape???  tguuuuuuuuuu.. hihihihihi mestilah bukan bilik aku sebab aku n yg len berkelah di bilik kak doris n kak vianney daaa... semua ladies tau... hot lagi tu... hihihihi (perasan)
kami di maktab ni xboleh nak men masak2x sebab xleh nak periuk nasi pon... tapi kami xkisah sebab kami ni jenis yang ap2xpun main telan je (of coz la makanan kan)..... tadi first time in my life makan "tuhau".. tuhau tu sejenis makanan orang dari SABAH bah... rase masam2x n pedas2x.... aku  xberapa nak suke sbb aku xrock... xrock sebab aku xmakan pedas... lau makan pedas nafsu makan aku cme 10% je... so sape2x kawin ngn aku nanti ciaplah ari2x masak benda yang manis je..... hihihihihi ( gurau je) anyway tadi mmg best sebab kami jadi makin rapat gitu...hihihihihi thank you for u all.. i love u all so muchhh...


korang ni santapan tok otak kita je try la tgk http://www.isdaryanto.com/10-keajaiban-di-dunia ye... wat pengetahuan... have a nice day.... may ALLAH bless all of us.. aminnnn



Tuesday, February 8, 2011

alhamdulillah... mcm pembaziran tapi bukan.. =)


alhamdulillah semalam keluar g beli handfone baru sebab iphone dah rosak xleh nak kol.... so xmembazirkan??? sbb nset rosak pastu baru beli baru... semalam 2 mall g cari n survey handFone coz tgu greenlight dari Ayah dulu... dah dekat Imperial Mall baru ayah mes... "belilah tapi duit berjimat sikit. adik sihat ya?" tulah SMS yg ayah anta pada aku.. terharu pon ad sebab dah miss sgt kat dieorg.. =(  ALLAH je yg tau persaan ni sekarang.... ap2pun.. u go girl!!!

anyway thanks to ALLAH bcoz give me a chance to "live" in my life..... =) I LOVE n MISS MY MOM n DAD so muchh.. muaaaaahhhhhhhhh

Monday, February 7, 2011

ampunkan aku =(

ampunkanlah aku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau maha Pengampun dosa..

SELAMAT PAGI SEMUA!!!!... semoga kita sentiasa dalam keredhaanNya =)
pagi2x ni tibe2x je nak touching.... bila denga lagu opick tadi terus air mata bergenang.. nape ek??? hmmmmmm xtaulah... sayu lak hati ni....

tips untuk arini adalah cara2 nak elakkan jerawat makin membesar :

  1. jgn sentuh bile  dh rase sakit kat muke ( mcm bengkak)
  2. cuci muke bersih2x
  3. letak kan colgate
  4. bia sampai kering n hilang sendiri
apa yang penting jangan picit JERAWAT.... selamat mencuba!!! =) insya'ALLAH berkesan...



keiNginan Yang TidaK pasTi

hai korang... ASSALAMUALAIKUM.... apa khaba sume??? shat??? rohani??? jasmani??? emosi??? mental????? sume shat??? alhamdulillah lau camtu... arini mental n emosi aku xbape nak ok... sebab ap?? sebab aku memikirkan soal CINTA n HUBUNGAN aku... dengan sapa??? Cinta + Hubungan aku dengan ALLAH n cinta +hubungan aku dengan Mr. Cot (manusia) ...

aku akan memperbaiki dengan lebih baik lagi hubungan aku dengan ALLAH kerana ALLAH sentiasa bersama aku n aku xperlu risau yang aku xkan kehilangan DIA.... tapi ap2pun aku kena mantopkan semua suruhanNYA.. insya'ALLAH amin....

pasal aku dengan Mr. Cot ni... hmmmmmm entahlah... aku nak ckp aku mmg syg die.... sbb die best... die baek... die jaga aku.... tapi parents aku xrestu aku dgn dia.... hanya kerana pekerjaan dia sebagai seorang POLIS... aku tau keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan kedua ibu bapa... tapi aku mmg dah berangan nak hidup ngn dia nak bina keluarga bahagia dengan dia (gataikan?? hihihiihi) dia cakap kat aku suruh sabar mungkin 1 ari nanti parents aku akan terima dia jugak.. aminnn aku arap mcmtu... aku xkan berhenti berdoa supaya ayah n ibu terima mr. Cot seadanya. tapi sapalah kita nak lawan takdir.. lau mmg mr. Cot bukan jodoh aku, aku akan terima...

ingat geng manusia xkan boleh berubah secara terus atau sekelip mata... kita perlu masa tok mendapatkan perubahan yang terbaik... insya'ALLAH.... berusaha+berdoa+tawakal= KEJAYAAN... setiap kata tu adalah doa... tol x?? so......


JOM BERDOA:

ya, ALLAH ya, Tuhanku.. hanya Engkau tempat aku mohon pertolongan dan perlindungan.. permudahkan segala urusanku, ya ALLAH permudahkanlah segala urusanku ya ALLAH permudahkanlah segala urusanku ya ALLAH.....

ya ALLAH berikan kedua ibu bapaku kesihatan yang secukupnya ya, ALLAH juga Engkau sembuhkanlah penyakit En. Abd. Rahman iaitu mentor kami ya ALLAH... berikanlah aku kejayaan yang cemerlang ya ALLAH...

 ya ALLAH sesungguhnya Engkau mendengar setiap rintihan dan keluhan aku ya, ALLAH... berikan aku petunjukMu.. sesungguhnya hambamu ini menuju ke jalan yang Engkau redhai.. AMINnnn


juz be urself... I LOVE YOU SITI NURHAFIZAH BINTI MUEEDIN!!

Saturday, February 5, 2011

RinDu yg TerLepaS juGAk =)

hihihihiih  arini hepy sgt... nak tau sebab ap???? sebab my mom call me just now... mmg hepy dapat dengar suare ibu.... cume xdpt ckp ngn ayah sbb ayah tgh sembahyang td... ibu call pon just nak tny aku nak ap?? coz dieorang nak g shopping.. aku pon ap lg as usual la i want a new blouse or wat ever suit asalkan baru.. hhehehehe.(ngegeh)

korang tau x ap maksud ngegeh??? ngegeh tu ngade2x dlm bahasa sarawak tu.... "aishhh ngegehlah kitak tok" mmg pon saya mengaku.... sok i want to go to parkson.... ap lagi shopping lar.. mcm2x nak beli... tapi bile tadi masa nak letak fon ibu dah bg pesanan ringkas awal2x " belajar rajin2x berjimat sikit" apuhhhh nafsu nak shopping tu terus turun tu.... tapi ibu jgn reso ea.. adik akan wat perancangan kewangan yang betol.. anak ibu ni kan baik.. hihihihi  syg ibu n ayah muaaaahhhhh


tips untuk arini jangan berulamkan air masa makan lau nak perut tu cantik ramping n kempis macam saya...hihiihihii have a nice day =0

Friday, February 4, 2011

ikHLaskan hATi

ari yg plg best... =) betol xtipu... petang tadi pas solat  g hantar senior g umah kawan die.. then nak balik maktab awal lagi. so aku g la text Mr. Cot ajak dia g mkn kat SCR.... orderla Roasted Chiken Rice, French Fries, n Jasmine Milk Tea with Cincau... mmg Kenyang gile.... apalagi bile dh kenyang relax dulu ddk2x bual2x bia makanan tu turun dgn betolnye.... tapi aku mmg xpuas hati kat mr.Cot tadi huh!!!..... 5 minit pastu gerak balik  n then tgk mnyak xde.. apuuhhhhh!!! dengan bangganya pergi la ke stesen minyak dulu sebelum hantar Mr. Cot balik.. masa aku ngh isi minyak tibe2x ada sorang lelaki dlm lingkungan 50 tahun dtg n ckp ngn Mr. Cot... aku xpaham lgsung apa yg dia cakap... tapi Mr. Cot boleh paham pulak. rupe2xnye pakcik tu minta tolong soh hantar dia balik umah dia..  dia terlepas bas.


 aku punye lah takut.... hanya ALLAH je yg tau... sebab Mr. Cot boleh bg green light pd pakcik tu... pehh!!! mmg la.... aku pon drive dgn lajunye sbb takut n geram.. bukan apa sekarang ni macam2x boleh jadi... aku takut dia keluarkan pisau n pancung kepale aku je.... tapi bile dah dekat setengah jalan aku berdoa minta pada ALLAH bia xdiapa2xkan.. aku pon relax ckit n ciap leh bersuare dgn pakcik tu...  masa dlm perjalanan tu dia igtkan aku " amoi kita belaja sia iboh tipu kawan2x n baik2x jgn gado2x" aku pon cakap insya'ALLAH... mase tu rase nak menangis pon ada...

dia cakap lau  siang dia xkan minta orang hantar sebab dia malu. tapi disebabkan hari dah gelap dia terpakse... rupe2xnye name pakcik tu tanjung n umo dia dah 68 tahun.. sian kat dia tu... keje tukang rumah..
aku ikhals bantu dia hantar sampai simpang ke rumah dia.. tapi mase dalam perjalanan tu aku cume takut n ckit curuga pada dia... tapi aku xkisah sebab Mr. Cot ada ngn aku.. dia tgkkan pergerakan pakcik tanjung tu kot2x dia keluarkan pisau ke kan...

masa dah nak sampai tu dia nak bagi aku rm4 sebagai duit minyak tapi aku cakap kat dia xpe kami tolong je... dia pon cucap terima kasih... aku sedih  plak ble tgk die.. sebab aku pikir bukan2x.. padahal dia mmg perlukan bantuan.. lau aku xde mungkin dia xdpt balik umah dia... aku harap yang dia n family dia ok je AMIN...


  so geng igt ble kita wat sesuatu tu...  tolong ikhlaskan hati kita bia mendapat keredhaanNya.. Insya'ALLAH...

petua unTuk mendapatKan ketenangAn ketika MARAH:

  1. membebel lah sekejap( dengan membebel kita akn rase lega )
  2. bila dah penat membebel tarik nafas
  3. beristigfar
  4. senyum ngn orang yang kita marah
  5. cakap kat orang tu buat la lagi.. (menyindir dgn cara yang elok kira saiko lah )



renung2xkan dan selamat beramal.. May ALLAH bless us..' arini beday kokde my lovely sis... semoga panjang umo n dimurahkan rezeki n berjaya dalam hidup dunia n akhirat,,, AMIN...

Thursday, February 3, 2011

kepenatan yang Sgt berbaLoi :-)

arini mmg best sbb.................. sbb arini first time in my life i celebrate chinese new year with my frens... mmg sempoi lar.... huhuhuhuhuhu plg best ble raye g umah lecture BM kami.... pehhhh mkanan mmg sedap2x.... siap dapat angpau tu... xcye????? ok xpe2x... tapi korang kena caye jugak tau... kira kami ni xlah tua sebab leh dpt angpau lg.. huhuhu mmg nakod!!!  kiteorang keluar kol 11 sampai jam 9 korang kira lah sendiri bape jam kiteorang merayap.xpadan yang pempuan tau..

anyway mmg best lah kuar tadi coz dpt release tension.. yang xbestnye aku lupe nak solat sebab xde telekung. pasni xmau wat perkara yg sama lagi. huh!!!!

igt tau korang kita jgn tension2 sgt coz nati muke npk xcun bia kita ceria walaupun kita ada prob sbb dengan senyuman kita dapat wat org lain bahagia. bila orang lain bahagia insya'ALLAH kita jugak akan bahagia....






mule2x g umah ah seng my clazmate n then went to my mr. sia's house n then went to Parkson pastu g Taman Awam.. juz lepak2x je....

Wednesday, February 2, 2011

PerubAhAN

ye!!! kita manusia mmg perlu ada perubahan... bukan perbahan baik jadi xbaik ok!! biarlah perubahan yang xbaik kepada yang baik dan menjadi lebih baik seterusnya menjadi yang terbaik daripada sebelum ni....
kat cni aku nak cite tentang seseorang yang mmg dah berubah... bukan mengumpat ok tapi sekadar renungan n pengajaran wat kita semua..

aku mmg xsuke orang yang hipokrit ni.... dia bukan berubah tapi berubah hanya untuk memikat pujian atau berubah dalam masa satu saat mungkin... shit!!!! mmg aku tau nobody is perfect tapi bia pon kita ni buruk mcmmana sekalipun kita kena ingat hidup kita hanya pinjaman dari ALLAH....kenapa aku marah???? sebab aku xnak kawan2x aku hipokrit macam dia....

korang kena ingat k biala masa susah n senang kita sama2x.. jangan masa susah je kita cari dia masa senang kita lupe dia.... begitu juga hubungan kita dengan ALLAH.. bialah susah n senang kita ingat pada DIA... everyday n every second.... so kawan2x juz be urself n sentiasalah menginginkan sesuatu perubahan....

aku ada petua sikit ni bukan tok cantikkan gigi or muke or mata or ap watever tentang fizikal yang kita ada k tapi petua untuk Rohani n Emosi kita...

  1. sebelum tido bace doa tido"Bismikallahumaayawaamutu", selawat n mengucap
  2. lepastu doa dalam hati " ya, ALLAH cucikanlah hatiku cucikanlah otakku sebab esok aku nak jadi yang aktif cemerlang n nak jadi yang lebih baik dari arini" aminnnn
  3. tarik nafas hembus
  4. pejam mata
  5. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (semoga mimpi indah)
insya'ALLAH esok bgn tido korang akan lebih bersemangat.... deeeebaaakkkk!!!!


rinDu..... =(

rimdu... pada sape??? of course i miss my mom n dad so much.... n my lovely family.... nak balik tapi bulan 5 nanti.. lau dulu cuti seminggu pon nak balik tapi sekarang xlagi sbb xmau susahkan ayah n ibu..... kosnye tinggi... lau tambang setakat rm100 xpe gak.... anyway i must be patient n must be strong... babbbsyyahahh!!!!


 capture at my cute room....  xcye????? ok tgk ni
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
jap ea..... nak upload dulu.... =)