Sunday, February 13, 2011

PemERgiaN yaNg Tak DisAngka....


   “Wahai puteriku, aku ini adalah seorang ibu yang sedang berjalan menuju usia semakin tua. Aku juga pernah muda seperti kamu suatu ketika dahulu. Jagalah diri kamu di tempat orang. Belajar bersungguh-sungguh”. Itulah kata-kata ibu yang membuatkan aku bersemangat untuk terus belajar dan mengembirakan hati ibu dan ayah walaupun aku berada jauh dari mereka.
   Jam menunjukkan 7.15 pagi. Semua pelajar Pengajian Matematik telah berada di dalam kelas. Sebelum memulakan sesi pembelajaran pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh mereka semua yang kadangkala mencuit hati masing-masing. Gelagat itulah yang menjadikan sesi pembelajaran bertambah ceria. Ah Seng, Nathaneal, Doris, Vianney dan Datu merupakan pelajar yang paling tua di dalam kelas mereka. Walaupun berbeza kaum dan agama tetapi itu semua tidak menjadi masalah untuk mereka bergaul mesra.
“ Selamat sejahtera, encik.” Ucapan hormat daripada pelajar Pengajian Matematik kepada pensyarah mereka. Ucapan salam sejahtera merupakan ucapan yang wajib. Setiap kali pensyarah masuk ke kelas sebelum memulakan sesi pembelajaran. “ Ok, kelas apa yang dimaksudkan dengan EIC?” soal Encik Azmir kepada pelajar. Setelah beberapa minit menunggu jawapan daripada mereka salah seorang pelajar lelaki, Datu Abdul Sahid berdiri dan memberikan jawapan. Walaupun jawapan itu tidak betul tetapi mencuba itu lebih baik daripada berdiam diri.
  Itulah kehidupan di Institut Perguruan Kampus Sarawak (IPGKS). Menyoal, menjawab,hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain merupakan bahan utama untuk membina satu hubungan yang baik. Hubungan yang baik untuk bekalan sehingga mereka sama-sama menggapai kejayaan dan sama-sama bergelar seorang pendidik.
  Ketua Pengajian Matematik, Ah Lee memberi pengumuman bahawa mereka akan ditugaskan untuk menyiapkan ‘backdrop’ sempena majlis perpisahan salah seorang pensyarah di situ. Pensyarah itu merupakan pensyarah Bahasa Melayu yang akan dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan di Institut Perguruan Tun Hussien Onn, Batu Pahat, Johor. Mereka menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka. Tidak tergambar sedikit pun daripada raut wajah mereka untuk mengeluh apabila menerima setiap tugasan yang diamanahkan.
“ Iza, kamu tolong gunting perkataan ini sementara menunggu saya mencari pelekat.” perintah Nathaneal kepada Iza salah seorang pelajar Pengajian Matematik. “ Baik Neal.” Jawab Iza dengan lemah lembut dan suara yang agak perlahan. Iza merupakan seorang pelajar yang sangat sensitif  dan manja. Dia belum pernah berjauhan dengan ibu dan ayahnya semenjak dia berada di muka bumi Kenyalang ini. Namun begitu, dia kelihatan tabah menghadapi hari-harinya di situ. Dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dia telah dianugerahkan rakan-rakan yang sangat memahami dan perihatin. Walaupun di dalam kelas, dia merupakan satu-satunya pelajar yang  berasal dari Semenanjung,Johor namun rakan sekelasnya tidak pernah menjadikan dia sebagai orang asing. Pengajian Matematik mempunyai pelajar yang majarotinya berasal dari Sarawak dan Sabah.
  Apabila terdapat majlis rasmi akan diadakan, semua pelajar IPGKS bergotong-royong untuk menyiapkan persiapan. Tugasan akan dibahagikan dengan adil –ada yang bertugas mengangkat pasu bunga, ada yang bertugas menyiapkan ‘backdrop’ dan ada  pula bertugas membersihakan dewan-  
  “Minta perhatian kelas, ibunda kita Cik Azura ingin mengadakan perjumpaan mentor menti pada pukul tiga petang nanti di Dewan Ilmu.” Kata Ah Lee kepada rakan sekelasnya. Cik Azura merupakan mentor kelas mereka. Cik Azura merupakan mentor yang sangat penyayang dan perihatin terhadap masalah menti-menti beliau. Beliau mempunyai watak yang sangat disenangi ramai. Kecantikannya bukanlah sekadar luaran sahaja malahan beliau mempunyai nilai budi yang sangat baik. Semua pelajar Pengajian Matematik amat menyayangi Cik Azura dan sudah menganggapnya sebagai ibu mereka sendiri walaupun Cik Azura belum mendirikan rumahtangga.
  “Assalamualaikum dan selamat  sejahtera.Apa khabar anak-anak ibu semua? Ibu harap kamu semua sihat.” tanya Puan Azura dengan penuh kasih sayang  kepada mentinya itu. Beliau lebih selesa menggelarkan dirinya ibu dan beliau juga telah menganggap semua pelajar Pengajian Matematik sebagai anak-anaknya. “ Ada apa-apa yang kamu semua mahu berkongsi bersama?” tanya beliau kepada mereka. “ Ibu sihat? Sejak dua hari yang lepas kami semua tidak nampak ibu di IPGKS . Ibu kemana?” tanya Suhaila kepada Cik Azura. Sejak dua hari yang lalu mereka tidak  nampak batang hidung Cik Azura. Apabila ada diantara mereka bertanya kepada pensyarah lain mereka hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. “Ibu ada kerja di luar. Sebab itu kamu semua tidak nampak ibu sejak kebelakangan ni”. jawab Cik Azura dengan tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. “ Baiklah anak-anak kita akhirkan perjumpaan kita sampai disini sahaja. Jawab dengan betul semasa peperiksaan nanti. Jaga diri kamu baik-baik. Ingatlah wahai anakku capailah peluang yang kita miliki itu dan hargailah ia dengan penuh teliti.” Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Cik Azura sebelum dia meninggalkan perjumpaan itu.

“ Fatin, Iza rindu sangat pada ayah dan ibu Iza... dah berapa bulan Iza tak balik kampung.” Luah Iza kepada Fatin dengan hatinya yang sayu mengenangkan ibu dan ayah di kampung halaman. “ Iza banyakkan bersabar lepas habis periksa nanti kita semua cuti semester 2 bulan jadi Iza bolehlah lepaskan rindu Iza pada mereka nanti. Buat masa ini Iza doakan mereka supaya sihat sentiasa”. Jawab Fatin sekaligus memberikan semangat kepada sahabat baiknya itu.Pada malam itu hari seakan mendung. Perbincangan antara Syuk, Anis, Iza, Eka, Hafiz dan Afiqa di dalam kelas perbincangan seperti ada yang tidak kena. Iza tidak seperti selalu. Dia kelihatan seperti seorang yang hanya mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu. Apabila ditanya dia hanya menggelengkan kepala dan terlihat mutiara jernih jatuh ke bumi. Seperti ada rahsia yang dia sembunyikan. “Iza, kalau Iza ada masalah kongsilah dengan kami”, selagi kami mampu kami akan bantu Iza.” tanya Syuk kepada Anis. Itulah sifat yang ada pada Iza. Sifatnya yang sangat sensitif dan kadang kala hanya berdiam diri apabila dilanda masalah.
  Semua pelajar IPGKS sangat senang hati tatkala peperiksaan telah tamat. Mereka hanya memikirkan tentang kampung halaman dan tidak lagi memikirkan tugasan,kuiz, kuliah mahupun peperiksaan. Mereka semua akan bercuti selama dua bulan. Tanpa memikirkan beban dan pulang dengan tangan yang kosong itulah yang mereka nantikan apabila berada hampir satu semester.
  Pada pagi itu langit seakan mendung. Angin sepoi-sepoi itu seperti ingin menyampaikan satu berita. Mentari juga tidak begitu kelihatan. “Iza mana?” tanya Lulu kepada Ah Lee. “ Saya tidak tahu tadi semasa saya dalam perjalanan ke kelas saya ternampak dia sedang bercakap dengan Encik Adi. Muka Iza dan Encik Adi sangat serius seperti ada badai yang menimpa.” jawab Ah Lee. Pelajar Pengajian Matematik yang sibuk bercerita antara satu sama lain tentang perancangan pada cuti semester bertukar menjadi risau dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
 “Kawan-kawan... kita telah kehilangan…” kata Iza sambil teresak-esak. Erin yang berada disebelahnya cuba  menenangkan Iza sebelum dia menghabiskan kata-katanya itu. “Kita kehilangan apa? Teruskan Iza.” tanya Amiz seolah-olah dapat menduga apa yang telah berlaku. “Kita telah kehilangan Cik Azura. Dia telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada pukul 8.30 pagi tadi. Kita kehilangannya kawan-kawan”. Kata Iza sambil menangis. Dia tidak dapat lagi menahan sebaknya. “Kamu berguraukan Iza”? tanya Wani  yang tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh Iza itu. Semua pelajar Pengajian Matematik mengalirkan air mata atas pemergian mentor kesayangan mereka. Mereka semua seperti tidak dapat menerima kenyataan dan takdir itu. Seperti baru semalam mereka bergurau dengan arwah Cik Azura dan menghirup udara yang segar bersamanya.
“ Kawan-kawan saya mahu meminta maaf kerana menyembunyikan perkara ini. Saya telah mengetahui bahawa Cik Azura didapati menghidap kanser payudara tahap kritikal daripada Encik Adi dan Cik Azura sendiri. Cik Azura tidak mahu kita semua risau dan susah hati terhadap dirinya sebab itulah dia tidak mahu berkongsi dengan kita tentang penyakitnya. Sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir dia ada mengamanahkan saya untuk memberi kamu semua hadiah ini. Satu lagi ibu kita pesan supaya belajar bersungguh-sungguh dan berharap yang kita dapat memaafkannya sekiranya dia ada membuat kesilapan terhadap kita”. kata Iza dengan begitu syahdu sekali.Suasana hiba menyelubungi kelas itu. Mereka sangat sedih atas kehilangan itu. Hadiah yang diberikan itu merupakan sebiji saga yang berwarna merah yang mungkin mempunyai makna tersendiri. Mereka akan tetap menghargai jasa dan mengingati beliau di dalam diari kehidupan mereka itu sehingga akhir hayat dan mereka hanya dapat berdoa supaya roh Cik Azura dicucuri rahmat Tuhan.
  Cuti semester telah pun tiba, semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing dengan hati yang tenang. Namun semua pelajar IPGKS seakan tidak percaya akan pemergian pensyarah Ilmu Pendidikan itu. Semua warga IPGKS berasa kehilangan besar atas pemergian Cik Azura. Bagai mimpi menyelubungi mereka. Namun itulah kenyataan bahawa Cik Azura telah meninggal dunia
  Selepas dua bulan merehatkan minda, pelajar IPGKS kembali ke insititut dengan semangat yang baru. Pelbagai cerita yang dikongsikan bersama antara satu sama lain. Semua cerita berkenaan dengan cuti yang lalu. Perasaan mereka juga bercampur-baur kerana mereka akan menerima keputusan selepas seminggu berada di IPGKS.             “ Perhatian, keputusan peperiksaan kita telah dipaparkakn di blok pentadbiran.”beritahu Kila kepada pelajar Pengajian Matematik. Raut wajah mereka semua mengambarkan keceriaan dan kegembiraan kerana mereka telah lulus untuk mengikuti kursus ijazah.
  Dengan kegembiraan itu terdapat sekelumit kesedihan di antara mereka. Mereka tidak dapat berkongsi kejayaan itu bersama-sama mentor mereka, arwah Cik Azura. Walaubagaimanapun, mereka tetap akan meneruskan pengajian itu dengan bersungguh-sungguh sehingga mereka mendapat gelaran seorang guru.

hasil nukilan :
SITI NURHAFIZAH BINTI MUEEDIN


ingat kawan2x bila2x masa nyawa ni akan ditarik n nikmat yang kita ada akan berkurangan...
hargailah kehidupan ini dengan elok... may ALLAH bless all of  us...
sempena esok Maulidur Rasul aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

No comments:

Post a Comment